Wednesday, 25 March 2015

Alasan......

   kalau ikut kamus la kan, alasan ni satu perkataan yang membawa maksud sebagai sebab-sebab yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu. Perkataan ini sering digunakan oleh semua lapisan masyarakat kerana ianya sesuai digunakan dalam pelbagai jenis komunikasi. Selain itu, alasan juga mempunyai sama erti dengan perkataan lain. Contohnya ialah sebab, punca, dan sebagainya. Dan seperti yang kita sedia maklum, ianya sering disebut oleh rakyat Malaysia.       Perkataan alasan boleh dikategorikan penggunaannya dalam bentuk negatif ataupun positif. Bentuk negatif merujuk apabila seseorang berniat tidak elok. Dalam erti kata lain, alasan berbentuk negatif adalah apabila seseorang individu memberikan alasan atau sebab untuk mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu pekerjaan yang diberi. Contohnya,si A memberikan pelbagai alasan untuk tidak melaksanakan pekerjaan yang diberikan. Hal ini menunjukkan bahawa Individu A tersebut memberikan alasan untuk tidak melakukan pekerjaan dan menunjukkan ianya berbentuk kearah negative iaitu malas untuk bekerja.       Sebaliknya alasan dalam bentuk positif pula merujuk kepada sebab-sebab seseorang individu tidak mampu untuk melakukan pekerjaan tersebut. Contohnya, si B menyatakan alasan yang munasabah kerana tidak dapat melaksanakan pekerjaan tersebut seperti tidak sihat dan sebagainya. Maka, hal ini menunjukkan alasan yang diberikan adalah berbentuk positif dan ianya tidak dapat dielakkan.

No comments:

Post a Comment