Terima kasih sebab sudi baca blog cheq...
Hari ni cheq nak crita pasai zaman kanak-kanak cheq...cheq dulu tinggai dekat kawasan kampong dekat kedah. Biasalar budak-budak kampong. Kami tak main anak patung macam budak-budak bandar, tapi kami main guli, congkak atas tanah guna biji getah, gasing, sauk ikan kat sawah, mandi sungai dan macam-macam lagi. Seronok masa zaman budak-budak dulu, rasa macam nak jadi budak-budak balik..
Kalau hampa nak tau...dulu cheq nie lasak tau..cheq suka main guli dengan kawan-kawan kampong cheq tak kira laki ka pompuan
Cheq pernah main guli sampai boleh kumpul guli berbalang-balang ...hehehe..terer dak cheq??...
Itu yang bestnya masa zaman kanak-kanak cheq sebagai budak kampong...
Setakat nie ja coretan untuk hari nie...nanti cheq sambung lain nah...
No comments:
Post a Comment